Review Botol Susu - Autumnz Wide Neck Storage Bottle for Breastmilk

p/s: 1 box consists of 4 bottles

Autumnz Breastmilk Storage Bottle Wide Neck 5oz ini ada dalam salah satu produk breastfeeding yang Mommy EEZ jual. Mommy EEZ personally tak pernah pakai sendiri tapi storage bottle ni sama je standard dengan storage bottle jenis plastik polypropylene (PP) yang lain. Cuma bezanya botol ni jenis wide neck dan boleh fit in masuk breastpumps macam..

1. Spectra M1 and S9 Plus

2. Autumnz Passion, Autumnz Serene, Autumnz Bliss, Autumnz Blossom and Autumnz Swift

3. Avent Manual Breastpumps, Avent Single/Double Electric Breastpumps

4. Lacte Solo/Duet Breastpumps

Dan yang pastinya storage bottle ni mestilah BPA Free dan bersaiz 5oz / 150ml. Nak tengok gambar actual storage bottle ni dipersilakan cuci mata~~





Ramai mommy2 yang nak tahu puting apa yang sesuai untuk masuk dengan storage bottle wide neck Autumnz ni kan? Hokey Mommy EEZ bagi contoh gambar dekat bawah..



Bukan setakat puting Pigeon dan NUK saja yang bole fit dengan wide neck storage bottle Autumnz ni, puting Avent Classic, Suavinex dan MAM pun muat juga tau sebab kesemua puting ni jenis wide neck 😎

Tapiiiii ada setback la sikit. Botol ni tak ada penutup kalau diletakkan sekali dgn puting2 ni. Penutup hanya ada untuk simpan breastmilk saja. Sesuai digunakan masa time pantang untuk train baby minum susu dengan botol sebelum mommy2 naik kerja kan. Selalunya time pantang ni la mommy nak test puting mana yang menjadi pilihan hati si kenit gebu tu kan. Lepas dah cuba puting mana yang sesuai untuk baby, bolehlah proceed dengan beli botol ikut brand puting tu. Kadang2 banyak design comel2 yang boleh menggalakkan baby untuk minum susu dengan botol susu comel2 ni. So tak ada lagi masalah untuk mommy risau baby tak minum susu ke atau cukup ke susu yang baby minum di rumah pengasuh tu kan. 

So itu saje perkongsian Mommy EEZ. Kalau ada info tambahan bolehlah highlight di ruangan komen atau Mommy EEZ akan update terus dalam post ni hokey. 

Oh ye.. kalau mommy2 sendiri nak beli storage bottle jenis wide neck ni, bole je direct PM Mommy EEZ di +6017-6564769 atau contact melalui Facebook atau Instagram. Nak FREE POSTAGE SELURUH MALAYSIA boleh beli melalui Shopee tau di Kiddie Oasis!

Lavveyewww,

Mommy EEZ

No comments:

Post a Comment

Popular Posts